Pages

Monday, 8 April 2013

Choc Moist Cake + Babies Pavlova

Assalamualaikum...

Bangun pagi2 masih lagi terasa kepala yang tidak selesa, selsema yang masih berbaki dan batuk yang mula menjengah. Lama sungguh  3 set ini tidak datang menjengah. Patutla minggu lepas, saya dapat tempahan yang "boleh2" shj.. Rupa-rupanya Allah telah merancang sesuatu untuk saya. Alhamdulillah... Cume ada 1 tempahan yang saya tidak dapat selesaikan lantaran da sgt2 tidak mampu.



Allah berikan kita PELBAGAI NIKMAT, dan apabila salah satunya di tarik SEDIKIT, terasa kepincangannya. Sakit adalah KAFARAH pada  DOSA2 yang kita lakukan. Peringatan bahawa semuanya Milik DIA. Sentiasa beringat dan BERSYUKUR serta tidak LEKA.  :)

Kebetulan hari ini (Isnin) Sememangnya hari OFF saya.  Bolehlah sambung berehat. Kasihan saya pada ya HABIBI sebab da seminggu dia TERPAKSA menguruskan diri sendiri. IN SHAA ALLAH, doakan saya sembuh seperti sediakala ya. Dapat saya BERIBADAH dengan SEMPURNA, Menyambung tanggungjawab kepada SUAMI tersayang dan boleh bekerja seperti sedia kala. Amin...



Ok la, Bosan jugak sebenarnya kalo asik terbaring je. Jadi kite sambung hupload gambar secara RAWAK.. Lupe dah gambar mane yang x di HUPLOAD lagi.

Kali ini, tempahan datang dari Kawan Masa Sekolah Menengah. Dia Telefon Mase saya tengah santai2. Heheheh.. Katenye Nak kek Coklat utk hantaran Adik dia dengan bajet sekian2... Wah..lantas terkeluar ayat " La... nak bertunang dah adik ko yang tu?" hahhaha kelaka la kan.. Tibe2 bole kuar ayat SUPER SPONTAN saya tuh.. Macam x sekolah plak. Yalah,umur makin lame makin meningkat, mestilah sentiasa ada perubahan kan. Berkawan, Bertunang dan berkahwin, semua itu NORMAL.. :)

Jadi, Saya pun menyiapkan tempahan Cik Kak Sorang ni.. hihihi.. Dia pun Add On Babies PAVLOVA. Lame dah dia nak TRY. Tapi memandangkan dia Duk Jauh, banyak kali Tersangkut HAJAT tu.. :)

So, Inilah hasilnya.. Choc Moist Cake With Choc Glaze + Babies Pavlova.









No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.